<BGSOUND src="http://www.heathersanimations.com/bodyguard_ill_always_love_you.mid"> Dari Teratak Damai




WELCOME



<

Sunday, June 19, 2005
KEPENTINGAN AURAT

KEPENTINGAN AURAT


Persoalan penutupan aurat wanita dipandang remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita.Kononnya masalah penutupan aurat adalah hak induvidu .Tebal atau nipis iman di dada bukan terletak pada gaya atau fesyen pakaiannya.



Betulkah dan bagaimanakah pula seriusnya masalah pendedahan aurat dalam media massa sehingga menimbulkan kacau-bilau dan simpang -siur di dalam gaya kehidupan kita? Mentaliti juga sangat dipengaruhi oleh persoalan pendedahan aurat rupa-rupanya.

Kebimbangan hari ini tidak terhenti kepada persoalan aurat semata-mata malah menular kepada isu implikasinya yang mengundang kepada kemungkaran seksual, pembuangan bayi, penderaan dan pelakuan zina dalam masyarakat yang mengakui dirinya Islam.

Perkembangan media massa kini yang pada asalnya merupakan elemen penyebaran maklumat kian tersingkir dengan memperlihatkan kepada kita seolah-olah ia medan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Di sinilah bermulanya unsur yang mendesak kepada saingan untuk mengeksploitasikan aurat wanita sebagai umpan paling laris lagi mujarab.

Bermulanya dengan majalah hiburan yang boleh dikatakan 100% terlibat dalam eksploitasi kaum hawa seperti URTV, Hai, sehinggalah kepada majalah-majalah komik Mangga , Syok dan Remaja malah dalam keadaan tertentu penerbitan bacaan ilmiah dan berunsur maklumat juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan umpama pelaris seperti Jelita, Wanita, Dewan Siswa dan Dewan Masyrakat. Ini belum dikira lagi majalah -majalah yang kian membanjiri pasaran tempatan hari ini, yang sengaja diimport dari luar seperti Her World, She Elle, Vogue dan Cosmolitan sebagai contoh.

Dalam konteks ini, timbul persoalan tentang hukum kerjaya wanita dalam media massa terutama sebagai model iklan atau cover girl yang menjadi kegilaan remaja islam masa kini. Prof.Dr Shalaby menggariskan tentang maksud wanita berkerjaya dalam Islam sebagai mereka yang berkerja di luar rumah dengan menyebut beberapa pra syarat yang perlu diikuti iaitu:-
* Boleh menutup aurat dengan kebenaran tanpa ada paksaan untuk membukanya
* Tidak menjerumuskan ke arah pergaulan bebas antara pekerja lelaki dan wanita
* Tidak memerlukan pergerakkan agresif yang menampakkan rasa ghairah golongan lelaki melihatnya
* Tidak menimbulkan fitnah seperti menarik perhatian atau rasa ghairah lelaki
* Kerjaya itu mestilah bukan jawatan tertinggi pemutus(decision maker/decesive leader)yang dikhususkan untuk golongan leleki

Ini bertepatanlah dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah:-
"Aku tidak meninggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki selain wanita". (muttafaqun A'laihi)

Sebagai rumusan, kita boleh menyimpulkan faktor berlakunya pengeksplotasikan aurat wanita hari ini sebagai:
* Penglibatan wanita dengan kerelaan yang tidak menyedari senario. Pengeksplotasikan ini sebagai satu bentuk penghinaan kepada mereka. Ini berlaku hasil daripada gagalnya panduan suasana persekitaraan dan sistem pendidikan mereka
* Pihak penerbitan yang mengambil kesempatan atas kelemahan wanita dan undang-undang
* Kerajaan dan undang-undang yang tidak ada usaha ke arah membendung gejala eksplotasi aurat wanita secara serius malah kadangkala sebagai faktor penggalak.
* Masyarakat yang turut sama memberi sokongan secara langsung atau tidak

Untuk itu, sistem perundangan negara ini, khususnya Akta Media Cetak dan Elektronik perlu diislamisasikan dengan kadar segera. Kesucian agama hendaklah diutamakan meskipun tidak mendatangkan banyak keuntungan yang berbentuk duniawi kemudian hendaklah isu ini dapat diatasi dan dibendung... ..

Wanita Seri Pemuda, Mulia Agunglah Pemuda, Hina Wanita Rosaklah Pemuda, Rosak Pemuda Binasalah Negara


Posted at 02:09 pm by nurdia
Comments (5)  

Friday, February 11, 2005
kucing n mainannya......


Posted at 10:04 pm by nurdia
Make a comment  

kucing kesayangan mama


Posted at 09:53 pm by nurdia
Make a comment  

Saturday, January 29, 2005
Thinking of you...

 

When you read these words,
chances are that I'll be sitting here
thinking of you...  as I so often do.


I'll probably be smiling
one of the smiles that I always do
when thoughts of you come my way.

When you read these few words,
I hope you'll think, just for a moment,
how much you mean to me
and how much you always will.

And when you continue on with the things
you need to be doing in your day,
smile a smile for me, and remember
that I'll be thinking of you still.


Posted at 06:14 pm by nurdia
Comments (2)  

Thursday, December 30, 2004
the show must go on...

30 Disember,2004

Keputusan PMR BI SETEJA merosot tahun ini dan seperti ku duga takde seorang pun yang dapat gred A.Banyak aku nak kena jawab nanti.Why? Why? Why?Mesti kena buat post mortem...kena beri sebab musabab kejatuhan dan macam2lah.Aku tak kisah sebab dah biasa result BI rendah.Banyak kelemahan aku,kena mengakulah.Aku rasa jadi guru macam aku ni seperti ahli sukan juga.Bila menang disanjung2 dan bila kalah siaplah kena kritik.Tapi ahli sukan 'glamour ' ada yang digossip juga.Mereka juga digelar bintang...bintang sukan.

Sebagai guru veteran aku tak putus asa...tahun 2005 tahun baru.Segala-galanya mesti diperbaharui-pertama sekali buka lembaran baru.Semoga ia akan menjadi lembaran sejarah dalam kehidupan ku.Setelah menghadiri kursus BTN aku lebih terbuka dan tak mudah bersedih.Aku juga lebih berani menghadapi cabaran dan memikul tanggungjawab.Dalam kehidupan, suka dan duka silih berganti.Hidup ibarat roda sekejap di atas sekejap di bawah....kesabaran kunci kesejahteraan.

Posted at 09:50 am by zaimaya
Comments (4)  

Friday, December 24, 2004
dolly dah jadi mummy

Semalam si dolly molly dah selamat beranak.Dolly dapat anak kembar 2...kecil sangat warna gelap macam warna Tatender bapa mereka.Sedih sebab Tatender dah menghilangkan diri.Tapi nasib baik ada klonnya-Sandle JR.Dolly sejak beranak dua bertambah buat perangai,mengada-ngada lebih.Dia tau mama dan emie sayang kat dia.
TAHNIAH DOLLY dah jadi IBU MUDA...meeoowwwwwww!





Posted at 09:52 am by zaimaya
Make a comment  

Friday, December 17, 2004
Nurdia



Nurdia

gadis 3R
Respectful
Relaxing
Responsive

Nurdia
Kawan baruku




Posted at 12:33 pm by zaimaya
Comment (1)  

Thursday, December 16, 2004
dolly molly

Dolly Molly sungguh comel.Sepasang mata birunya cantik sekali.Dolly Molly manja dan cerdik.



Posted at 05:37 pm by zaimaya
Make a comment  

Salam dari Teratak nan Damai


Salam penuh kasih sayang.


 


Posted at 01:51 pm by zaimaya
Comments (2)  



   









<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed